Wish you a Happy shopping

Rabu, Ogos 11, 2010

Trip to Jakarta

Sebagai Panduan, petikan ini diambil dr internet.. sumbangkan IDEA anda...

Trip To Jakarta 26 May 2011 - 1 Jun 2011

apakah tempat menarik??Kalau anda ke Jakarta, anda haruslah menentukan di mana akan akan pergi kerana anda perlu menginap di hotel berdekatan. Ini kerana jalan-jalan di Jakarta terkenal dengan ‘macet’ atau kesesakan trafik yang teruk. Jarak perjalanan tempat-tempat berbelanja yang jauh juga akan membataskan perjalanan anda. Jadi, pilih tempat yang sesuai. Di Jakarta, tempat membeli belah yang terkenal ialah di Tanah Abang yang terlatak di Jakarta Pusat. Mangga Dua juga salah satu tempat yang terkenal dengan pakaian berjenama juga terletak di Jakarta Pusat. Namun jarak perjalanan antara keduanya boleh mengambil masa hingga 1 jam berikutan macet yang teruk. Tempat lain yang terkenal ialah Blok M dan Plaza Senayan. Kebanyakan semuanya menjual pakaian berjenama atau fesyen terbaru yang amat berbaloi harganya.

Kami memilih untuk tinggal di Tanah Abang kerana di sini terdapat Komplek Tanah Abang atau Blok H kalau tak silap. Tanah Abang amat terkenal bagi peniaga kerana di sini anda dapat membeli pelbagai jenis pakaian dengan harga borong. Terkenal sebagai pasar untuk segalanya, dahulunya ia adalah sebuah pasar binatang seperti kambing dan ayam sejak 1735 lalu akhirnya bertukar menjadi satu destinasi berbelanja yang terkenal di Indonesia. Tekstil@Kain ela dan pakaian berfesyen adalah yang popular di sini. Untuk mendapatkan harga borong anda harus membeli sekurang-kurangnya 3 helai. Harganya cukup murah dan berpatutan. Komplek Tanah Abang mempunyai 10 tingkat kesemuanya termasuk satu tingkat hanya untuk medan selera bagi kemudahan pembeli dan peniaga. Surau juga disediakan di tingkat paling atas atau rooftop. Apa yang anda inginkan semuanya ada di sini.

Tanah Abang dikatakan tempat paling menarik untuk dikunjungi

Tiada ulasan: