Wish you a Happy shopping

Isnin, Januari 03, 2011

JUALAN TAHUN BARU

BAGI MENGHARGAI ANDA SEMUA...
KAMI MENGADAKAN JUALAN MURAH PENGHABISAN STOK....LAYARI BLOG KAMI UNTUK TINDAKAN LANJUT.....POTONGAN SEHINGGA 50%....CEPAT SEBELUM KEHABISAN..kos penghantaran adalah 3.50 per item....

Isnin, November 15, 2010

Busha short 100% Cotton
RM8.00
(SOLD OUT)





Busha 100% Cotton
RM5.00
(Kos penghantaran adalah RM3.50)
SOLD OUT

Dapatkan Segera A-L dengan harga RM72.00 ...borong 12pcs...dan 6pcs dengan harga RM42.00 sahaja beli satu RM8.00
(Kos Penghantaran adalah FREE)

Rabu, November 10, 2010

Rabu, September 08, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

di kesempatan yang ada ini ...saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari semua kawan dan sesiapa yang mengunjungi blog saya...
harap maafkan sekiranya berlaku sebarang kecacatan ...

Selasa, Ogos 24, 2010

PROMOSI HARI RAYA

Dapatkan minumanroselle dan halwa roselle secara percuma dengan pembelian jus minuman roselle dengan harga RM15 sahaja...sementara stok masih ada...dan juga barangan ekslusif bayi dengan kadar harga yang lebih rendah

Rabu, Ogos 11, 2010

Selepas meletakkan bag, kami bergegas pula ke Blok M menaiki teksi Bluebird. Teksi Bluebird merupakan teksi yang paling dipercayai di Indonesia kerana mereka menggunakan meter yang bermula dari RP6000 atau RM2 sahaja. Pastikan ia bewarna biru dengan lambang burung bernama Bluebird atau Pusaka Biru. Blok M terletak kira-kira 40 minit dari Tanah Abang. Ia tutup antara 9-10 malam. Blok M antara komplek membeli belah yang paling lama di Jakarta Pusat. Terdapat beberapa shopping komplek di Blok M. Di sini kami makan malam di Restoran Minang yang terletak di lorong belakang Blok M. Pastikan anda mencuba Sate Kambing dengan kuah kicap manis yang berbeza rasanya seperti sate di Malaysia. Pastikan anda minum Jus Alpukat atau Avocado yang asli atau cuba sahaja Teh Botol yang paling terkenal di sini.




Kami pulang ke Hotel Caravan yang berdekatan Komplek Tanah Abang. Hanya 5 minit perjalanan. Anda boleh menggunakan Angkot (van kecil seperti bas. Hanya RP2000 sahaja) atau berjalan kaki sahaja. Hotel Caravan merupakan hotel 2 bintang yang simple tetapi cukup selesa dan bersih. Sesuai untuk bajet rendah. Harga bilik semalam hanya RP220,000 lebih kurang RM65-70 termasuk sarapan untuk 2 orang. Bilik denga katil besar, TV dan bilik air cukup berbaloi dengan harganya. Pilihan lain anda boleh mencuba Hotel Milennium terletak tidak jauh dari Tanah Abang. Denagn harga RM130-150 semalam, ia sudah pasti sebuah penginapan yang selesa untuk yang mementingkan keselesaan.



Kami memilih untuk tinggal di Tanah Abang kerana di sini terdapat Komplek Tanah Abang atau Blok H kalau tak silap. Tanah Abang amat terkenal bagi peniaga kerana di sini anda dapat membeli pelbagai jenis pakaian dengan harga borong. Terkenal sebagai pasar untuk segalanya, dahulunya ia adalah sebuah pasar binatang seperti kambing dan ayam sejak 1735 lalu akhirnya bertukar menjadi satu destinasi berbelanja yang terkenal di Indonesia. Tekstil@Kain ela dan pakaian berfesyen adalah yang popular di sini. Untuk mendapatkan harga borong anda harus membeli sekurang-kurangnya 3 helai. Harganya cukup murah dan berpatutan. Komplek Tanah Abang mempunyai 10 tingkat kesemuanya termasuk satu tingkat hanya untuk medan selera bagi kemudahan pembeli dan peniaga. Surau juga disediakan di tingkat paling atas atau rooftop. Apa yang anda inginkan semuanya ada di sini.

Dari baju kanak-kanak, pakaian Muslim, songket, batik, sutera. Anda namakan saja, semuanya ada. Di sini merupakan pusat sehenti bagi peniaga dan pembeli. Kalau anda ingin membeli baju untuk satu keluarga, inilah tempatnya.Kebanyakan pakaian di sini merupakan buatan tempatan jadi harganya amat berpatutan. Anda boleh mendapat kain sutera serendah RM20 semeter. Tanah Abang juga menawarkan koleksi Pakain Muslim dan sulaman kebaya yang berkualiti dengan harga yang hampir separuh dari yang di jual di Kuala Lumpur. Jadi, sediakan wang yang banyak jika anda bercadang untuk berbelanja di sini kerana anda pasti terpukau. Anda memerlukan sekurang-kurangnya sehari untuk menghabiskan masa melihat dan berbbelanja di sini untuk mendapatkan harga yang terbaik. Ini kerana bilangan kedai yang banyak pasti membuatkan tidak tahu memilih yang berkenan di hati. Kami menghabiskan masa sejak 9 pagi waktu ia di buka dan keluar pada pukul 5 petang di saat ia di tutup. Jalan lupa untuk tawar menawar sekurangnya 30% dari harga asal walaupun harganya harga borong, tapi tak salah mencuba :).

Anda tak perlu risau kerana Medan Selera yang terletak di tingkat 8 menawarkan pelbagai masakan seluruh Indonesia. Medan Selera berhawa dingin yang bersih dan teratur merupakan tempat terbaik bagi sang suami atau teman lelaki menunggu yang tersayang habis membeli-belah :). Anda patut mencuba Ikan Gurame Goreng atau Bakar yang terkenal dan pasti memikat selera anda. Dari Masakan Sunda, Jawa, Padang dan pelbagai lagi yang pasti memikat selera.



Trip to Jakarta

Sebagai Panduan, petikan ini diambil dr internet.. sumbangkan IDEA anda...

Trip To Jakarta 26 May 2011 - 1 Jun 2011

apakah tempat menarik??Kalau anda ke Jakarta, anda haruslah menentukan di mana akan akan pergi kerana anda perlu menginap di hotel berdekatan. Ini kerana jalan-jalan di Jakarta terkenal dengan ‘macet’ atau kesesakan trafik yang teruk. Jarak perjalanan tempat-tempat berbelanja yang jauh juga akan membataskan perjalanan anda. Jadi, pilih tempat yang sesuai. Di Jakarta, tempat membeli belah yang terkenal ialah di Tanah Abang yang terlatak di Jakarta Pusat. Mangga Dua juga salah satu tempat yang terkenal dengan pakaian berjenama juga terletak di Jakarta Pusat. Namun jarak perjalanan antara keduanya boleh mengambil masa hingga 1 jam berikutan macet yang teruk. Tempat lain yang terkenal ialah Blok M dan Plaza Senayan. Kebanyakan semuanya menjual pakaian berjenama atau fesyen terbaru yang amat berbaloi harganya.

Kami memilih untuk tinggal di Tanah Abang kerana di sini terdapat Komplek Tanah Abang atau Blok H kalau tak silap. Tanah Abang amat terkenal bagi peniaga kerana di sini anda dapat membeli pelbagai jenis pakaian dengan harga borong. Terkenal sebagai pasar untuk segalanya, dahulunya ia adalah sebuah pasar binatang seperti kambing dan ayam sejak 1735 lalu akhirnya bertukar menjadi satu destinasi berbelanja yang terkenal di Indonesia. Tekstil@Kain ela dan pakaian berfesyen adalah yang popular di sini. Untuk mendapatkan harga borong anda harus membeli sekurang-kurangnya 3 helai. Harganya cukup murah dan berpatutan. Komplek Tanah Abang mempunyai 10 tingkat kesemuanya termasuk satu tingkat hanya untuk medan selera bagi kemudahan pembeli dan peniaga. Surau juga disediakan di tingkat paling atas atau rooftop. Apa yang anda inginkan semuanya ada di sini.

Tanah Abang dikatakan tempat paling menarik untuk dikunjungi